Tuesday, September 16, 2008

Sebuah peristiwa

Setiap orang pasti telah melalui pelbagai peristiwa yang menggembirakan dalam hidup mereka. Cerita yang tidak dapat saya lupakan selama-lamanya ialah sebuah peristiwa yang telah mengubah seluruh hidupku. Semua ini bermula dengan sebuah kemalangan.

Masa itu, bapa telah menghantar saya ke sebuah kedai alat-alat tulis. Semasa dalam perjalanan, sebuah kereta telah melanggar kereta bapaku dengan teruk. Saya tidak dapat ingat apa yang telah terjadi hinggalah saya membuka mata dan terdapat ibu dan kakakku di tepi katil.

Pada masa itu, kaki saya tidak boleh berjalan. Luka bapaku tidaklah begitu serius membandingkan dengan saya kerana kereta yang melanggar kami itu melanggar di bahagian kiri kereta. Bapa cuma ada sedikit luka pada kepalanya.

Saya masih ingat betapa binggungnya keluarga saya, terutamanya kakak. Selama ini, dia tidak pernah menunjukkan perasaan kasih sayangnya di depan saya. Dia cuma tahu membuli dan marahi saya. Tetapi selepas kemalangan ini, dia telah sedar bahawa nyawa seseorang boleh pergi begitu sahaja dan kalau seseorang tidak menunjukkan perasaan kasih sayang kepada orang yang dicintai, dia boleh menyesal seumur hidupnya. Jadi selepas kemalangan itu, dia mula menunjukkan perasaan kasih sayang pada saya.

Selama sepuluh tahun, saya tidak pernah menikmati perasaan kasih sayang daripada seorang kakak. Saya sungguh terharu pada perubahan kakak saya. Pada masa itu, saya tidak kisah betapa sakitnya kaki saya yang terluka. Yang penting, perasaan kasih sayang daripada kakak telah mengubati perasaan sakit daripada luka itu.

Sekarang, saya sudah berumur empat belas tahun. Sudah empat tahun saya mula menikmati perasaan kasih sayang ini. Saya sangat berterima kasih kepada Tuhan kerana telah mengubah kakak saya. Peristiwa ini akan selalu berada dalam hatiku, dan akan saya ceritakan kepada anak-anak saya pada masa depan.



Ceritanya ikhlas daripada hati, tapi sayangnya, ia cuma sebuah karangan yang direka oleh saya.

Markah yang diberi oleh cikgu ialah 70% ☺

11-9-08 -Jesslyn Lai


Terima kasih atas bacaan anda =)

6 comments:

Anonymous said...

ur BM karangan aaaaaa

♥ Jesslyn said...

hahahaha =P yeaa

Anonymous said...

wa.. damn geng huh.. haha.. jesmyn told me you wrote this for exam's essay.. lolx. not bad weih.

♥ Jesslyn said...

hahah, thx ☺ frm d heart mah.. ah,,, sad story == some more exam title say sebuah peristiwa yang gembira' smth lithat ><

Janning said...

wah. didn't know your malay so good. not bad ar this essay. when was it written? hehe.

♥ Jesslyn said...

ahahaha. on test day lah, early sept. bt i correct some words la ==. i was stuck for 20 minutes, can't think of what to write == bt this is like monthly test? so its nth wan. haha